Saturday, June 12, 2010

semalam


semalam aku melakukan kesilapan
dan kesilapan itu sememangnya dari ku...
dari kesilapan itu,
wujudnya satu perasaan benci, mengeraskan hati,
manawarkan perasaan yang sedia ada,
ya.....aku akui segala kesilapan itu...
maaf bukan sesuatu yang manis lagi untuk diucapkan..
aku mesti tabah....
walau seteruk mana pandangan dan aggapan mereka kepadaku
aku mesti meneruskan perjalanan ini
kerana aku masih mampu.
sejauh mana aku berjalan, sejauh itulah pengalaman yang akan aku lalui.
aku mengeluh......menangis di dalam hati, merintih....
tapi aku tahu DIA akan sentiasa dekat padaku
dan akan sentiasa MENDENGAR.

seksa hatiku..
aku harus laluinya kerana aku telah memilihnya.
sejauh mana duri yang harus aku pijak,
aku yakin, aku akan temui penawarnya nanti.
sejauh mana kekusutan yang aku rasai sekarang ini,
aku yakin, di satu masa DIA akan memberi ketenangan padaku,
aku bukan sesiapa dan aku tidak perlu mengharapkan sesiapa,
aku tidak perlu mengharapkan sesiapa tahu dan faham dengan apa yang aku lakukan
kerana cukuplah sekadar DIA tahu apa yang aku lakukan.
ya...hari ini aku menangis...
tapi aku percaya akan ada sesuatu yang lebih baik menantiku...

REDHA....
satu kunci hati...senang di ungkap oleh lidah yang tidak bertulang ni
namun....sukar untuk di ukir didalam hati.

SABAR....
sesuatu yang aku harus pelajari...
kerana aku bukan seorang yang sabar...
aku...akan biarkan ia berlalu...
kerana aku tahu ia adalah yang terbaik untukku dan hari yang mendatang.
merayu...menangisi...meratapi...
bukan sesuatu yang indah...
melepaskan ianya pergi adalah sesuatu yang pedih
namun..ia adalah yang paling manis akan di rasai nanti.

EGO...
adakah itu aku?
mungkin ya...dan mungkin tidak
mungkin ada lagi yang lebih ego dari aku.
setiap insan akan mengharapkan yang indah dalam hidup mereka...
begitu juga aku....tapi
disebalik keindahan itu, kita harus bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

SUNYI...
sesuatu yang paling teruk...
dan aku tidak ingin mengadapnya lagi..
sakit yang merobek hati... dan aku akan terus berkata pada diriku

'it's ok..... everything's will be OK soon....'

dan itulah aku...........

kadang-kadang kita tak akan memahaminya hari ini, tapi suatu masa kita akan memahaminya dengan sendiri


No comments:

Post a Comment