Monday, June 14, 2010

pesanan

setiap manusia di dunia ini akan melalui satu fasa dimana mereka akan diuji dengan bermacam ujian, samaada perasaan, pelajaran, cinta, keluarga atau sebagainya. Tiada manusia di dunia ini yang tidak di beri ujian. Hidup ini penuh dgn ujian sebab dengan ujian itu, kita akan belajar dan merasai pengalaman yang tidak diajar di dalam buku. Kita akan belajar bagaimana untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah tersebut. Apa2 sahaja yang belaku, hadapi dengan tenang. Jangan sesekali lari.

cinta......

jika itu adalah masalah kamu.....lupakan seketika. Jangan binasakan hidup kamu serta masa depan kamu kerana menangisi cinta. Lumrah bukan...cinta akan datang dan pergi sebelum kita menemui cinta sejati,yang benar2 mengenali. Kecewa adalah biasa, jangan sesekali negatifkan hidup kamu. mungkin buat waktu ini kamu diuji TUHAN agar kamu selalu ingat pada DIA. Tidak salah kalo kamu merayu dan memujuk dalam hubungan, tapi....janganlah sampai kamu rasa semuanya kusam dalam hidup kamu. jika dia benar2 sudah tidak dapat menerima kamu dan memberi peluang kedua kepada kamu.......biarkan dia pergi. Jika kamu tahu apa yang kamu lakukan, berpeganglah padanya. tidak guna kamu terus menangisi. Hidup ini bagaikan roda, ia pasti akan berputar. Kamu tidak akan tahu apa yang terbaik bwt kamu di sebalik kesusahan kamu hari ini. Anggaplah apa yang berlaku ini sebagai mimpi ngeri yang kamu sendiri tak pernah sangka. Jika kamu perlu EGO, lakukanlah....... diam tak semestinya salah dan diam juga x semestinya kamu menyerah. Jika kamu percaya pada ketentuan TUHAN, kamu akan menerimanya dgn perlahan2. Nikmatilah hidup ini dengan penuh nikmat, kerana ia adalah nikmat yang x terhingga. Kekuatan itu bukan milik kamu.......tapi kamu boleh memintanya dari DIA....

No comments:

Post a Comment