Sunday, July 11, 2010

La Tahzan....


La Tahzan…..

Semalam semasa aku jumpe sahabat aku di kedai mkn n smbil borak2, dtg seorg pakcik jual kitab. So kwn aku pon tgk2 lah kitab n buku apa yg ade. Sementara die tgk2,aku pon tgk la jugak satu buku yg bertajuk.”LA TAHZAN”. La Tahzan ni bertajuk ‘jgn bersedih’, ‘don’t be sad’…aku pon belek2 la buku tuh. Sementara kwn aku tnya harga tafsir Quran yg die nk beli, aku pon nk beli jugak la buku ni. Rasa spt buku ni akn member sesuatu kpd jiwa dan hati aku. Baru baca sikit, Alhamdulillah, bagus jugak buku ni. Byk pandgn serta hadis sbg penenang jiwa. Buku ni agak tebal, jadi mgkin amek masa yg agak lama untuk hbs. Anyway dh lama dgr ttg buku ni, baru skrg tergerak hati untuk beli. Insyaallah jika ade penulisan2 yg indah untuk dikongsi, aku akn post kt blog…huhuh….

‘Ya ALLAH, gantikanlah penderitaan ini dgn kesenangan,balasan kesedihan sbg hal yg menggembirakan,dan hilangkanlah perasaan takut ini kpd ketenteraman.
Ya ALLAH,sejukkanlah gelora hati dgn salji kayakinan,dan padamkan gelojak api jiwa dgn air keimanan.
Ya ALLAH, berikanlah rasa mengantuk sbg kenyamanan bg mata yg tdk dpt pejam. Berikan rasa damai bg jiwa2 yg resah ini suatu kedamaian, dan berikanlah dgn kemenangan yg nyata.
Ya ALLAH, tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahayaMU; bimbinglah kesesatan ini kearah jalanMU, dan bimbinglah org yg tergelincir menuju petunjukMU.
Ya ALLAH, lenyapkan segala keraguan dgn cahaya mentari di ufuk timur. Hancurkan segala kebatilan yg bersarang di dalam perasaan dgn secerah sinar kebenaran. Hapuskan segala tipu daya syaitan dgn pertolongan bala tenteraMU.
Ya ALLAH, hindarkan kami dr segala kesedihan;hilangkan kesengsaraan;dan jauhkan segala kegelisahan dr jiwa-jiwa kami.
Kami berlindung kapadaMU dr segala ketakutan,kecuali hanya takut kpdMU. Kami berlindung dan bertawakkal,hanya kpdMU. Kami berlindung dr kepasrahan, kecuali hnya pasrah kpdMU. Kami meminta hnya kpdMU,memohon pertolongan hnya kpdMU. Hanya engkaulah sbg pelindung kami,krn Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.’

*dipetik dr buku –LA TAHZAN- cetakan ketujuh 2010*

No comments:

Post a Comment